logo blog

Resepi Kek Batu Marmar Kukus

Resepi Kek Batu Marmar Kukus

RESEPI KEK BATU MARMAR KUKUS


Assalamualaikum...
kredit resepi by: Ahmad Abrar
Selamat mencuba !
Semoga bermanfaat lagi berkat.
Bahan-bahannya
(loyang 9x9)
16 oz mentega ( anggaran 450gm butter)
1 gelas gula halus
10 biji telur ayam
1 gelas tpg susu
1 gelas tpg gandum
1 gelas milo
1 tin kaya kecil
100gm susu manis
1 sudu teh vanilla
200gm horlick
200 grm Chocolate masakan/ cadbury/cocolate milk Beryl's (cairkan guna kaedah double boil)
4 sudu browning, (optional)
Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan seri kaya dan susu manis, pukul sebati.
3. Masukkan vanilla, horlick dan tepung sikit demi sedikit.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

Bahagian A
Campur kan adunan dengan milo, coklat cair dan browning. Gaul rata.

Bahagian B
Campur adunan dengan susu tepung. Bahagikan lagi adunan B kepada 5 bahagian, dibagi warna merah, hijau, purple, biru dan kuning.
3 bahagian sahaja pun boleh. merah, hijau dan kuning
Kukus berasingan setiap warna. Bila kelima lima sudah masak, potong dadu.
4. Letakan separuh adunan A dalam loyang dan susun rawak bahagian B dan ulang proses sampai adunan habis.
5. Kukus 2 jam @ hingga masak.















Share this:

Previous
This Is The Oldest Page

1 comment

terima kasih,, boleh cuba.
jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com